Sunday, October 26, 2008

Birthday abah

salam....
kepada anak2 hj othman...
birthday abah pada 28 oktober ni jgn lupo....
wish la...xpun kirim hadiah....
;-)

Saturday, October 25, 2008

Wednesday, October 22, 2008





Gambar pada Hari Raya Pertama (1 Oktober 2008) dengan tema "Citrawarna Hari Raya".....pakaian di taja oleh Kedai Jahit Mak Limah depan kedai Tom Yam Siang Malam AlBakri kat Kajang. (Nama kedai-kedai yang tertera tidak ada berkaitan dengan yang telah hidup dan yang masih mati)

Gambar Budak Takde Gigi ni pernah ditawarkan untuk berlakon dalam filem Jo Un terbitan Wayang Tinggi Production

Mohd Nadzir & keluarga


Hj Othman bin Manas

Hjh Fatimah Bt Abu Hassan

Hjh Fiffy Rafiqha bt hj Othman


Gadis di atas diberi nama Fiffy Rafiqha binti Othman , dilahirkan pada 21 september 1988
di Hospital Besar Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak bongsu bagi pasangan Hj Othman dan hjh Fatimah. Semestinya bujang (hahaha...;-) ) . Kini , beliau masih lagi meneruskan pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Sains kemanusiaan.
InsyaALLAH, beliau akan berpindah ke Kampus Induk pada pertengahan tahun hadapan untuk peringkat ijazah..Sesungguhnya , kita merancang tetapi ALLAH menentukan..;-)

Tuesday, October 21, 2008

Azlin Hj Othman merupakan anak ke 3 pasangan ini.Dilahirkan pada 29 ogos 1977 di Kuala Lumpur.Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang puteri dan seorang hero.Boleh la dipanggil tauke....tudung bawal,pasaraya dan Pengurus Pos Mini Berkomputer Taman Saujana Seksyen 2.









Hajjah Haslena merupakan anak kedua yang telah dilahirkan pada 8hb Disember 1969 di Padang Sebang, Melaka. Beliau dibesarkan di Taman Melati, KL dan telah mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan dan Menengah (P) Air Panas, Setapak, KL sebelum melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi MARA (kini UiTM). Beliau telah dianugerahkan dengan Diploma Ukur Bahan dan kini adalah seorang pemilik sebuah syarikat pembinaan di Ipoh, Perak. Beliau telahpun berkahwin dengan Hj. Aminuddin Saidin dan telah dikurniakan dengan lima orang anak setakat ini....
Mohd Nadzir bin Othman merupakan anak sulung pasangan Hj Othman dan Hjh Fatimah dan satu-satunya anak lelaki tunggal pasangan ini.Dilahirkan pada 19 Dis 1968 di Kg.Padang Sebang,Melaka.Status berkahwin dan mempunyai 4 orang hero yang hujung nama kesemuanya Hakim.Mendapat pendidikan Di Universiti Teknologi Malaysia,Skudai.Berkhidmat sebagai seorang Safe and Healthy Officer.
Hajah Fatimah Abu Hassan dilahirkan pada 10 Nov 1950 di Kg.Padang Sebang,Melaka.Beliau merupakan anak bongsu daripada 6 orang adik beradik.Merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan beliau aktif menyertai persatuan dan badan NGO.Merupakan salah seorang ahli JKKK dan naib Ketua Wanita UMNO Cawangan Padang Sebang.
Hj Othman bin Manas dilahirkan pada 28 Okt 1944 di Kg.Gadek,Melaka.Merupakan anak sulung kepada 10 orang adik beradik.Beliau mendapat pendidikan awal di Singapura dan pernah berkhidmat sebagai anggota tentera darat berpangkat sarjan dalam unit Semboyan.